06 Ogos 2009

Cara-cara Membuat Tapai Pulut


Hari ini aku akan tunjukkan langkah-langkah aku membuat tapai. Tentang pantang larang, jaga kebersihan diri, bahan mentah, peralatan yang digunakan serta persekitaran. Selain kebersihan fizikal, dalaman pun elok juga dijaga. Sama-samalah kita elakkan penyakit/wabak busuk hati, iri hati atau apa saja yang memudaratkan hati :) Ada satu rahsia aku dalam membuat tapai. Kemudianlah bgtau ya.

Mula-mula, aku basuh beras pulut hingga bersih. Kemudian, rendam dalam 2-3 jam. Lepas itu, aku bilas beras dan toskan.




Seterusnya, aku panaskan air hingga mendidih dan kukus beras. Lepas itu, aku masukkannya dalam bekas dan siram dengan air biasa. Aku gaul hingga rata dengan senduk kayu dan biarkan sebentar supaya beras tadi dapat menyerap air yang disiram. Kemudian, aku kukus lagi sekali hingga masak.



Lepas itu, aku sejukkan tapai pada suhu bilik. Kemudian aku tabur ragi dan gaul rata. Aku bungkus tapai dalam daun pisang yang telah dilap dengan kain bersih dan simpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Kalau buat malam ini, lusa pagi dalam jam 10 tu sedang eloklah untuk aku jual. Nak sedap lagi, jangan makan dulu. Masuk dalam peti ais. Dah sejuk baru makan. Makan dengan ais krim vanila Nestle lepas makan tengah hari. Sedap wooooo....




Hampir lupa pula mengenai rahsia yang aku katakan di awal bicara tadi. Rahsianya ialah cuba dapatkan bahan mentah yang baik. Iaitu ragi tapai dan pulut/ubi yang baik. Pulut dan ragi tu, bolehlah juga dicari yang baik, tapi ubi ni payahla. Dah dapat ubi yang baik pun, kadang-kadang tak berapa menjadi, khususnya ubi kuning. Apepun, jangan lupa mulakan kerja dengan Bismillah dan berdoa selalu :) Rezeki Allah tentukan...(mcm pernah ku dengar ayat ini..tapi di mana ya??) Tetapi setelah kita berusaha bersungguh-sungguhlah ya.

12 ulasan:

  1. kalo org kawin nnt org order kt abg ek...heheh

    BalasPadam
  2. order bnyk2 tau..cepat ckit kawin tuh.haha

    BalasPadam
  3. Saya berminat untuk belajar membuat tapai...terima kasih dgn blog/laman web ini kerana telah menyediakan maklumat untuk membuat tapai......

    BalasPadam
  4. Terimakasih kerana ikhlas memberi tunjuk ajar,lagi pun saya adalah penggemar tapai pulut buleh buat sendiri xyah beli he he he

    BalasPadam
  5. kalau dapat di nyatakan untuk sekillo pulut berapa banyak ragi digunakan ...pasti ilmu itu akan lebih menafaat.terima kasih atas perhatian.

    BalasPadam
  6. dtgh buat tapai x tau la jadi ke x ... hurmmmmm

    BalasPadam
  7. akak, agk2 lau 1 kilo pulut brape lme kena kukus? dan lau trus kukus x pyh bhti n siram air blh x?? tq

    BalasPadam
  8. Sy pnah buat...
    Cara diapn lbih kurang je....
    Tpi yg pliknya dia jadi beras blik... nape???
    Pulit uh sekilo ragi 2 bijk...uh sbab ragi kurg ke lbih... tq..

    BalasPadam
  9. Saya minta izin syare ya.murah rezeki

    BalasPadam
  10. Nk kukus bapa lama awalnya tu sblom siram air pastu kukus balik?

    BalasPadam
  11. Biasanya saiz ragi besar mana? Berapa banyak perlu letak ragi untuk 1 kilo?

    BalasPadam