10 Mac 2010

Membuat dan Membungkus Tapai Ubi

Langkah 1: Basuh ubi hingga bersih dan rebus.
Langkah 2: Tabur ragi & peram dalam bekas
Langkah 3: Selepas 2 hari, ubi akan jadi tapai. Maka bolehlah mula membungkus. Gunakan sarung tangan yang bersih untuk membungkus.
Langkah 4: Timbang tapai ubi
Langkah 5: Tapai ubi siap dibungkus & bolehlah dijual

Membungkus Tapai Pulut

Kali ini kita tengok aktiviti membungkus tapai pulut.

Langkah 1: Timbang pulut

Langkah 2: Lipat daun sebelah kiri

Langkah 3: Lipat daun sebelah kanan, letakkan daun "lampin" & pinkan dengan lidi

Langkah 4: Potong daun "lampin" yang terlebih & susun dalam bekas tertutup