10 Mac 2010

Membuat dan Membungkus Tapai Ubi

Langkah 1: Basuh ubi hingga bersih dan rebus.
Langkah 2: Tabur ragi & peram dalam bekas
Langkah 3: Selepas 2 hari, ubi akan jadi tapai. Maka bolehlah mula membungkus. Gunakan sarung tangan yang bersih untuk membungkus.
Langkah 4: Timbang tapai ubi
Langkah 5: Tapai ubi siap dibungkus & bolehlah dijual

Membungkus Tapai Pulut

Kali ini kita tengok aktiviti membungkus tapai pulut.

Langkah 1: Timbang pulut

Langkah 2: Lipat daun sebelah kiri

Langkah 3: Lipat daun sebelah kanan, letakkan daun "lampin" & pinkan dengan lidi

Langkah 4: Potong daun "lampin" yang terlebih & susun dalam bekas tertutup

28 Februari 2010

Bakteria dalam Tapai Cegah Penyakit

Stok Beras Pulut Minggu Ini

Memandangkan modal pusingan terhad, maka stok hanya dibeli pd setiap hujung minggu shj.

26 Februari 2010

Artikel Tapai Ubi Cegah Kanser

Tempahan Katerer

Berikut adlh tempahan dpd D'Roza Katering. T.kasih kpd En Hashim & isteri. Semoga bisnes btambah maju & berjaya.





05 Januari 2010

Tempahan Kenduri Kahwin

Slmt thn br smua!!!!Wah, dh berbulan aku xupdate blog ni sbb tersgtlah bz.so ni br nk upload salah 1 order yg masuk ms cuti skolah aritu utk majlis kahwin. Lokasi pnghntrn ialah Dewan Mahfoz Khalid, Jln Tun Ismail, KL.Mak aiii kat mn tu??? Aku mmg xtau.tp sib baik aku ada wife yg bijak..psl jln ni, bg kt dialah. Tup-tup rupanya area Bank Negara. OK dh smpi pn...tp br kol 7.00 pg. Dewan bukak kol 8. So tunggulah dpn dewan tu. Aku pun terus membuta smpi dewan bukak. Yelah smlmnya menyiapkn tapai smpi awal pagi, letih. Lupa plak amk gmbr kt depan dewan tuh. Tp xpe, ni aku tnjuk acara selepas menyiapkn tempahan tsbt pd mlm yg berkenaan. Bukan acara berehat2 ya tp acara menyiapkn tempahan seterusnya. Huhu...penat...

Timbang, timbang, jgn xtimbang....

Tempahan Katerer 1000 pcs



Rumah dh mcm kilang



Ni line menimbang.. kejenya menimbang. W/pun aku bniaga kecil-kecilan, tp bkn main cincai/agak2 je taruk tapai tu. setiap biji tapai ditimbang spya sekata.. tp still tapai tu nmpk kecik/besar sbb bgantung pd daun..klu daun besar, tapai pn nmpk besar dn sebaliknya. apepon yg pnting, isi dalam sama je beratnya..



Jeng..jeng...ni penimbang moden sket bbdg yg kt atas td..


Ni line membungkus... membungkus nmpk je senang..tp ssh..xcaye try buat, tengok jd cantik x..konfem senget2 or leper rupa tapai tu..